Peranan Dan Fungsi Masjid An Nur, UiTM Arau.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151
DISEDIAKAN OLEH:
NOOR SHAKILA BINTI ARIFF
No Matrik : 2010674228
Kumpulan: ASD2Cn
PROGRAM:
DIPLOMA SAINS
TARIKH HANTAR:
9 MAC 2011
Isi kandungan
Penghargaan
Abstrak
Sejarah penubuhan
Peranan-peranan masjid
Aktiviti-aktiviti masjid
Bibliografi
Penghargaan
Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya ciapkan kerja kursus ini dengar penuh lancarnya. Pertama sekali terima kasih kepada Ustaz Abd. Aziz bin Harjin kerana telah memberi peluang kepada saya menjalankan kajian mengenai aktiviti,sejarah pertubuhan dan peranan masjid ini untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada orang-orang yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terutamanya kepada pemberi maklumat berkaitan masjid ridzuan ini. Antara orang yang sedia memberi maklumat semasa menyiapkan kerja kursus ini terdiri daripada tok imam ,tok guru dan penduduk kampung . Terima kasih saya panjatkan kepada orang-orang yang banyak memberikan bantuan. Selain itu, terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut memberi sokongan terutama dalam menyumbang buah fikiran. Semasa menjalankan kajian dalam mengkaji sejarah pertubuhan masjid Ridzuan ini saya mengalami sedikit kesukaran kerana maklumat yang saya perolehi hanya sedikit kerana sejarah pertubuhan masjid sedikit kabur. Setelah pelbagai usaha di lakukan contohnya bertanyakan sejarah pertubuhan kepada orang yang lebih tua dan tok guru banyak maklumat yang saya peroleh daripada mereka tentang sejarah masjid Ridzuan. Di samping itu terima kasih juga kepada keluarga yang banyak memberi bantuan dan sokongan terutama dari segi kewangan. Semasa menjalankan aktiviti ini sedikit perbelanjaan sangat diperlukan kerana saya menggunakan kenderaan ketika menjalankan kajian ini. Akhir sekali terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbang buah fikiran untuk saya ciapkan kerja kursus ini.
Abstrak
Masjid di definisi sebagai tempat untuk melakukan amal ibadat iatu bertujuan mendekatkan diri dengan Allah swt. Masjid adalah tempat untuk bersujud dimana orang-orang islam diberi kebebasan untuk melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah.Kerja kursus yang saya lakukan ini adalah berkaitan masjid. Saya mengkaji sebuah masjid yang terletak di kawasan kampung. Masjid ini diberi nama Al ridzuan. Kedudukan masjid ini agak strategik kerana berada ditengah-tengah kampung. Hal ini kerana sebelum tertubuhnya masjid ini penduduk kampung sukar untuk pergi ke masjid kerana jarak masjid dari kampung tersebut kira-kira tiga batu. Ini menyukarkan penduduk untuk menunaikan solat berjemaah dan solat jumaat dengan hanya tertumpu kepada masjid kampung penduduk lain. Setelah mendapat persetujuan daripada pihak atasan peruntukan diberikan kepada jkkk kampung untuk membina sebuah masjid di kampung tersebut. Banyak kemudahan disediakan di masjid ini salah satunya tandas,tempat meletak kenderaan dan lain-lain lagi. Banyak aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung di masjid ini. Antaranya ,majlis maulidur rasul,maal hijrah,anak soleh,majlis berbuka puasa,nuzur Al quran dan lain-lain lagi. Aktiviti seperti ini di jalankan bukan sahaja untuk memenuhi peranan masjid dalam aktiviti ibadat tetapi dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung itu sendiri. Di samping itu masjid ini mempunyai peranan yang penting dalam aktiviti ibadat penduduk kampung ini. Antaranya masjid ini berperanan dalam aktiviti memyampaikan ilmu agama kerana sudah ternyata masjid merupakan tempat yang paling sesuai dalam aktiviti penyampaian ilmu. Selain itu, masjid ini berperanan dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Hal ini, dapat di buktikan melalui aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung seperti kenduri kendara ketika menyambut maulidur rasul ,maal hijrah dan majlis berbuka puasa. Akhir sekali , masjid ini pernah mendapat anugerah sebagai masjid yang aktif dalam menjalankan aktiviti keagamaan. Buktinya , masjid ini tidak pernah melepaskan peluang meraikan sambutan-sambutan penting.
SEJARAH PERTUBUHAN MASJID AL- RIDZUAN
Sejarah tertubuhnya masjid ini adalah hasil pakatan dan musyawarah penduduk kampung tersebut.Masjid ini ditubuhkan pada 13 julai 1962.Masjid ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan penduduk kampung menunaikan solat berjamaah.Terutama sekali masjid ini turut memudahkan penduduk lelaki menunaikan solat jumaat kerana masjid yang sedia ada begitu meyukarkan penduduk untuk beribadat secara berjamaah kerana jaraknya tiga batu dari kampung tersebut.Hasil pakatan penduduk kampung maka tertubuhnya masjid yang diberi nama Masjid Al- Ridzuan.Masjid ini dibina diatas tanah yang diwakafkan oleh seorang qariah masjid setelah diwasiatkan oleh beliau supaya masjid dibina atas tanah tersebut. Tanah yang dibina masjid ini mempunyai keluasan kira-kira tiga hektar.Terdapat juga dusun-dusun yang ditiggalkan berdekatan tanah berkenaan.Hasil perbincangan daripada ahli jawatankuasa kampung, masjid ini diberi nama Al-Ridzuan sempena nama malaikat yang menjaga pintu syurga iaitu Ridzuan . Di samping itu, masjid diberi nama Al-Ridzuan sempena nama orang yang telah mewakafkan tanah tersebut. Setelah dibincang antara ahli jawatankuasa nama masjid tersebut diisytiharkan semasa mesyuarat antara qariah masjid dan penduduk kampung.Semua pihak mempersetujui nama yang diberi tersebut .Selain itu,masjid ini juga dikenali sebagai masjid kayu kerana binaannya masih lagi berasaskan kayu pada tahun itu.Masjid ini dibina dua tingkat.Tingkat yang pertama merupakan tempat untuk penduduk kampung menjalankan aktiviti keramaian atau aktiviti sosial contohnya mengadakan kenduri kendara seperti bacaan yasin, doa selamat dan sebagainya.Tingkat yang kedua pula adalah tempat untuk jemaah menjalankan ibadat.Contohnya solat berjamaah,membaca Al Quran, bacaan kitab ,tazkirah ,taaruf dan lain-lain lagi.Masjid ini dibahagikan kepada dua tingkat seperti ini supaya dapat mengasingkan antara aktiviti ibadat degan aktiviti sosial. Setelah siap dibina dan diberi nama masjid ini dirasmikan oleh sultan Kedah iaitu Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Syah. Majlis perasmian tersebut diadakan dengan sungguh gilang gemilang dan kenduri kendara diadakan secara besar-
besaran bagi menyambut kedatangan sultan kedah pada waktu itu.Masjid ini dirasmikan pada 20 Julai 1963.Pembinaan masjid kayu ini mengambil masa hampir-hampir setahun untuk siap sepenuhnya kerana mengalami masalah tenaga kerja pada waktu itu.Hasil mesyuarat pada 26 ogos 1962 cadangan dikeluarkan bahawa semua penduduk kampung harus melibatkan diri mencari tukang rumah supaya dapat mempercepatkan pembinaan tersebut .Akhirnya tukang rumah berjaya dicari seramai 12 orang dari kampung luar dan di dalam kampung itu sendiri. Seramai 10 orang dari kampung luar dan dua orang dari kampung itu sendiri. Akhirnya masjid ini berjaya juga disiapkan dalam tempoh selama setahun. Setelah beberapa tahun masjid kayu ini digunakan penduduk kampung , rancangan untuk membina masjid batu dilaksanakan . Hal ini kerana struktur masjid lama sudah mengalami masalah terutamanya papan-papan sudah dimakan anai-anai ,dan bumbung juga mengalami kebocoran yang teruk. Masjid baru dibina pada tahun 1991 iaitu 26 september 1991. Nama masjid baru tetap dikekalkan iaitu Al- Ridzuan. Masjid ini turut dibesarkan lagi untuk memuatkan penduduk yang ramai dan juga ditambah dengan kemudahan seperti balai lintang, tandas, dan tempat meletak kenderaan kepada para jemaah masjid.
PERANAN- PERANAN MASJID
Masjid sebenarnya mempunyai peranan yang penting dalam membentuk muslimim dan muslimat yang sejati. Masjid berperanan dalam menghasilkan modal insan yang mampu menggegarkan dunia pada zaman yang penuh dengan pancaroba ini. Peranan utama masjid kepada penduduk kampung ini adalah tempat untuk menjalankan ibadat. Contoh ibadat yang dijalankan di masjid ini seperti menunaikan solat fardhu secara berjemaah bagi setiap waktu ,tempat untuk mempelajari tajwid, membaca Al Quran, menyampaikan tazkirah kepada jemaah masjid,mengajar ilmu tauhid, fekah, akidah dan bacaan kitab. Ibadat akan dapat dijalankan dengan sempurna dan selesa di masjid tanpa ada gangguan daripada agama lain. SelaIn itu, dakwah ibadat dapat dilancarkan dengan penuh sistematik tanpa memikirkan kesensitifan agama lain. Masjid ini juga sentiasa mendapat sambutan penduduk dari segi menjalankan amal ibadat. Penduduk kampung sentiasa mengimarahkan masjid dengan menghadiri setiap majlis ilmu yang diadakan. Ini menunjukkan bahawa masjid adalah tempat untuk menjalankan ibadat tanpa ada perasaan ragu-ragu lagi. Peranan lain berkaitan masjid adalah tempat perkembangan ilmu. Hal ini menunjukkan bahawa masjid merupakan pusat utama dalam aktiviti menyampaikan ilmu tidak kira penduduk kampung atau Bandar sekali pun. Antara aktiviti ilmu yang sentiasa dijalankan di masjid adalah seperti membetulkan solat jemaah masjid , menyampai dakwah islam, mengajar tajwid Al Quran, guru agama akan membaca kitab pada tiap-tiap malam,memberi tazkirah sebagai pengisian semasa menunggu masuknya waktu solat, menyampaikan ceramah dan mengadakan kelas-kelas agama untuk anak-anak penduduk kampung ini. Semua aktiviti ini adalah bertujuan untuk menyampaikan ilmu kepada penduduk kampung. Ini adalah cara mudah untuk kita mendapatkan ilmu mengenai islam kerana masjid adalah institusi ilmu yang mampu berkembang pesat. Semua ilmu dapat dipelajari di masjid jika ianya berkaitan islam. Ini menunjukkan masjid bukan sahaja tempat untuk beribadat tetapi dalam masa yang sama masjid adalah tempat perkembangan ilmu. Di samping itu, masjid juga berperanan sebagai tempat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Hal ini dapat di buktikan melalui aktiviti sosial yang dijalankan oleh penduduk kampung tersebut. Contohnya seperti mengadakan kenduri untuk sambutan hari-hari kebesaran nabi, berbuka puasa, kenduri kesyukuran dan lain-lain lagi. Apabila penduduk berkerjasama dalam melakukan aktiviti seperti ini hubungan sesama sendiri secara automatik dapat dieratkan. Ini menunjukkan masjid merupakan tempat pertemuan antara ummat islam dan dalam masa yang sama ukhwah dapat diwujudkan. Apabila ikatan ukhwah ini kuat penduduk islam dapat mempertahankan silaturrahim tanpa ada sebarang pepecahan yang boleh memundurkan ummat itu sendiri. Masjid juga berperanan penting dalam menguatkan ketenteraan islam. Hal ini dikaitkan dengan solat jemaah yang dilakukan di masjid. Solat jemaah sebenarnya kunci kekuatan dalam ketenteraan islam kerana musuh akan lemah dan lumpuh sekiranya ummat islam menunaikan solat berjemaah. Kemudian masjid kampung ini turut membimbing kanak-kanak serta mendedahkan kepada mereka tentang islam. Contohnya mengadakan kelas anak-anak soleh setiap hari Jumaat. Kelas seperti ini akan menggalakkan kanak-kanak untuk mendekati islam. Semuanya bermula di masjid berkenaan. Masjid adalah tunjang bagi kekuatan ummat islam, ini kerana masjid merangkumi semua aspek dalam kehidupan iaitu dari segi sosial , ekonomi dan politik islam.
AKTIVITI-AKTIVITI MASJID
Penduduk kampung sentiasa menjalankan aktiviti yang melibatkan semua pihak di kampung tersebut. Aktiviti-aktiviti di masjid dijalankan bukan sekadar suka-suka tetapi ada motif yang ingin disampaikan kepada semua pihak yang terlibat. Sepanjang pelaksaan aktiviti –aktiviti tersebut di masjid ianya sentiasa mendapat sambutan daripada penduduk kampung tidak kira golongan tua ataupun muda.antara aktiviti yang dijalankan setiap tahun dan sentiasa juga mendapat sambutann daripada kampung luar adalah seperti berikut:
1. Mengadakan sambutan maal hijrah bagi mengingati hari kebesaran islam. Sambutan ini bukan sahaja disambut ala kadar tetapi dilakukan secara besar-besaran. Contohnya penduduk kampung akan mengadakan kenduri bermula dari pagi hinggalah ke malam. Pada siangnya penduduk kampung akan memasak makanan untuk aktiviti malam. Ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah luar diadakan setiap tahun sebagai pengisian majlis tersebut. Ceramah ini turut juga dilakukan pada siang hari sebelum penduduk kampung menunaikan solat jumaat. Ini adalah salah satu aktiviti yang dijalankan pada siang harinya sempena sambutan maal hijrah. Pada waktu malam nya pula,aktiviti lain diadakan bagi melengkapkan sambutan maal hijrah selama satu hari.Aktiviti yang dilakukan pada waktu malam pula adalah pertandingan Al Quran, azan, muqadam, pidato, dan nasyid. Pertandingan ini hanya melibatkan kanak-kanak penduduk kampung kerana bertujuan mendedahkan kepada kanak-kanak tentang objektif sebenar sambutan maal hijrah dIlaksanakan setiap tahun. Selain itu, pertandingan seperti ini juga bertujuan menggalakkan kanak-kanak kampung ini berminat untuk mendekati islam pada dasarnya. Pertandingan ini dipertandingankan mengikut zon masing-masing. Kawasan kampung tersebut mempunyai keluasan yang terlalu besar jadi ianya dipecahkan mengikut zon iaitu zon 1,zon 2, zon 3 dan zon 4. Semuanya sebanyak empat zon. Jadi pertandingan tadi hanyalah dipertandingkan mengikut zon-zon yang telah diagihkan.Selain itu juga tokoh maal hijrah juga diadakan supaya dapat jadi batu semangat kepada masyarakat.Tokoh ini dipilih salah satu dari kalangan penduduk kampung yang banyak menyumbang tenaga dan budi kepada kebajikan kampung dan masjid itu sendiri.
2. Penduduk kampung akan mengadakan sambutan maulidul rasul apabila tibanya 12 Rabiulawal. Sambutan ini juga diadakan setiap tahun bagi menyambut dan mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tujuan sambutan ini diadakan supaya ummat islam sentiasa menghargai pengorbanan yang telah disumbangkan Rasulullah kepada ummatnya. Penduduk kampung akan mengadakan aktiviti yang juga melibatkan. semua pihak tidak kira golongan belia atau tua. Aktiviti ini turut juga melibatkan waktu siang dan malam sama juga seperti sambutan maal hijrah. Pada waktu siangnya akan diadakan ceramah dan pada waktu malamnya pula akann diadakan pertandingan tilawah Al Quran , berzanji , dan membaca khutbah.Aktiviti malam untuk maulidul rasul sedikit berbeza dengan aktiviti maal hijrah sebelum ini. Perbezaannya ialah pertandingan ini hanya melibatkan orang dewasa yang juga dipertandingankan mengikut zon-zon dalam kampung tersebut. Tilawah Al Quran melibat golongan dewasa lelaki dan perempuan. Kemudian pertandingan lelaki hanya boleh disertai oleh golongan dewasa lelaki. Kepada pemenang hadiah akan diberikan iaitu piala pusingan. Hadiah – hadiah ini diberi adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi penyertaan golongan dewasa dalam pertandingan yang bermanfaat seperti ini. Semua aktiviti ini dijalankan di masjid kerana masjid adalah pusat berkumpulnya para penduduk.
3. Mengadakan sambutan nuzul Al Quran pada setiap tahun.Jemaah-jemaah masjid akan membaca Al Quran beramai-ramai. Surah-surah yang dikhususkan sahaja akan dibaca beramai-ramai. Selain itu pertandingan tilawah Al Quran akan diadakan bagi golongan tua.Sambutan nuzul Al Quran juga diadakan secara besar-besaran dan gilang-gemilang. Hal ini kerana sambutan bertujuan mengagongkan kitab besar Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Al Quran merupakan kitab terbesar yang patut di agong-agongkan kerana Al Quran merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia. Tidak kira aspek politik, sosial , ekonomi, ibadat dan sebagainya.Al Quran merupakan sumber utama kepada manusia jadi penduduk kampung meraikan hari kebesaran ini secara berterusan.
4. Mengadakan kelas- kelas kepada anak-anak qariah masjid setiap minggu. Kelas ini dinamakan Anak Soleh kerana objektifnya adalah ingin mendidik anak-anak qariah masjid supaya dapat membentuk keperibadian mulia, diajar cara menunaikan solat dengan cara yang betul, menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Kelas Anak Soleh ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak sekolah rendah tetapi juga melibatkan pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan setiap hari jumaat sebelum menunaikan solat jumaat. Selepas kelas Anak Soleh kanak-kanak ini akan disuruh menunaikan solat jumaat. Kelas ini akan menggalakkan anak-anak qariah masjid mendekatkan diri dengan masjid dan diajar supaya mempunyai adab-adab yang baik apabila berada di tempat yang mulia seperti masjid atau surau.
Aktiviti –aktiviti berikut merupakan aktiviti tahunan yang akan dijalankan penduduk kampung bagi mengimarahkan masjid. Semua pihak akan melibatkan diri bagi menjayakan semua aktiviti tersebut. Aktiviti seperti ini diakukan bukan sahaja untuk mengimarahkan masjid semata-mata tetapi ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung supya ukhwah sesama ummat islam dapat dierat kan. Dengan cara ini kampung ini dapat menghasilkan modal insan yang berkualiti dan kampung dapat dimajukan apabila semua pihak bersatu dalam menjayakan sesuatu program
BIBLIOGRAFI
Bil . | Nama | Pekerjaan |
1. | Hj. Long bin Ahmad | Guru |
2. | En . Ariff Bin Don | Guru |
3. | En. Abd. Hamid Bin Man | Guru |
4. | Pn. Aminah Bt. Ahmad | Suri rumah |
5. | En Safar Bin Bahari | Penerusi kampung |
6. | Hj .Derani Bin Yusuf | Imam masjid |
7. | Pn. Ku Zabedah Bt KU Sulaiman | Guru Al quran |