Wednesday 9 March 2011

ASSIGNMENT CTU 151

TAJUK:
Peranan Dan Fungsi Masjid An Nur, UiTM Arau.


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151


DISEDIAKAN OLEH:
NOOR SHAKILA BINTI ARIFF
No Matrik : 2010674228

Kumpulan: ASD2Cn

PROGRAM:
DIPLOMA SAINS

TARIKH HANTAR:
9 MAC 2011


Isi kandungan
Penghargaan
Abstrak
Sejarah penubuhan
Peranan-peranan masjid
Aktiviti-aktiviti masjid
Bibliografi

Penghargaan

Bersyukur  saya  ke  hadrat  illahi  kerana  dengan  limpah  kurnianya  dapat  saya  ciapkan  kerja  kursus ini dengar  penuh  lancarnya. Pertama  sekali  terima kasih  kepada  Ustaz Abd. Aziz bin Harjin  kerana telah  memberi  peluang  kepada saya  menjalankan  kajian  mengenai  aktiviti,sejarah  pertubuhan  dan  peranan  masjid  ini  untuk dimuatkan  dalam kerja  kursus  ini.Tidak  lupa  juga  kepada  orang-orang  yang  telah  banyak  membantu saya  dalam  menyiapkan  kerja  kursus  ini. Terutamanya  kepada  pemberi  maklumat  berkaitan  masjid ridzuan  ini. Antara  orang  yang  sedia  memberi   maklumat  semasa   menyiapkan  kerja  kursus  ini terdiri  daripada  tok  imam ,tok  guru  dan  penduduk  kampung . Terima  kasih  saya  panjatkan  kepada orang-orang  yang  banyak  memberikan  bantuan. Selain  itu, terima  kasih  juga  kepada  ibu  bapa  yang  turut  memberi  sokongan  terutama  dalam  menyumbang  buah  fikiran. Semasa  menjalankan  kajian dalam  mengkaji  sejarah  pertubuhan masjid  Ridzuan  ini  saya  mengalami  sedikit  kesukaran  kerana maklumat  yang  saya  perolehi   hanya  sedikit  kerana   sejarah  pertubuhan  masjid  sedikit  kabur. Setelah  pelbagai  usaha di lakukan  contohnya  bertanyakan  sejarah  pertubuhan  kepada  orang  yang lebih  tua  dan  tok  guru  banyak  maklumat  yang  saya  peroleh  daripada  mereka  tentang  sejarah masjid  Ridzuan. Di  samping  itu  terima  kasih  juga  kepada  keluarga  yang  banyak  memberi  bantuan dan sokongan  terutama   dari  segi kewangan. Semasa  menjalankan aktiviti  ini  sedikit perbelanjaan  sangat  diperlukan  kerana  saya  menggunakan kenderaan  ketika  menjalankan  kajian  ini. Akhir  sekali terima kasih  sekali lagi saya ucapkan  kepada  semua pihak yang  terlibat  dalam menyumbang  buah fikiran  untuk saya ciapkan  kerja kursus ini.    





Abstrak

Masjid di definisi sebagai tempat untuk melakukan amal ibadat iatu bertujuan mendekatkan diri dengan Allah swt. Masjid adalah tempat untuk bersujud dimana orang-orang islam diberi kebebasan untuk melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah.Kerja  kursus yang saya lakukan ini adalah  berkaitan  masjid. Saya  mengkaji  sebuah masjid  yang terletak di kawasan kampung. Masjid  ini diberi nama Al  ridzuan. Kedudukan  masjid  ini agak strategik  kerana  berada  ditengah-tengah  kampung. Hal  ini  kerana  sebelum  tertubuhnya  masjid  ini  penduduk  kampung  sukar  untuk pergi  ke masjid kerana  jarak  masjid  dari  kampung  tersebut kira-kira tiga batu. Ini  menyukarkan  penduduk  untuk  menunaikan solat  berjemaah dan solat  jumaat dengan  hanya  tertumpu  kepada  masjid  kampung  penduduk  lain. Setelah  mendapat  persetujuan  daripada  pihak  atasan  peruntukan  diberikan  kepada  jkkk kampung  untuk  membina  sebuah  masjid di kampung  tersebut.  Banyak  kemudahan  disediakan  di masjid ini salah satunya tandas,tempat  meletak kenderaan dan lain-lain lagi. Banyak  aktiviti  yang  dijalankan  oleh penduduk kampung  di masjid ini. Antaranya ,majlis maulidur  rasul,maal hijrah,anak soleh,majlis  berbuka puasa,nuzur Al quran dan lain-lain lagi. Aktiviti  seperti  ini  di jalankan  bukan sahaja  untuk  memenuhi  peranan  masjid  dalam  aktiviti  ibadat  tetapi dapat  mengeratkan  silaturrahim antara penduduk  kampung  itu sendiri. Di samping  itu  masjid  ini  mempunyai  peranan yang  penting  dalam aktiviti ibadat  penduduk  kampung  ini. Antaranya  masjid  ini  berperanan  dalam  aktiviti  memyampaikan  ilmu agama kerana  sudah ternyata masjid merupakan  tempat  yang paling  sesuai dalam aktiviti penyampaian ilmu. Selain  itu,  masjid ini  berperanan  dalam  mengeratkan hubungan silaturrahim antara  penduduk  kampung. Hal ini,   dapat di buktikan melalui  aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung seperti kenduri kendara  ketika menyambut maulidur  rasul ,maal hijrah dan majlis  berbuka puasa. Akhir sekali , masjid ini pernah mendapat anugerah sebagai masjid yang aktif dalam menjalankan aktiviti keagamaan. Buktinya ,  masjid ini tidak pernah melepaskan peluang meraikan  sambutan-sambutan penting.


 
SEJARAH  PERTUBUHAN  MASJID AL- RIDZUAN

Sejarah tertubuhnya masjid ini adalah hasil pakatan dan musyawarah penduduk kampung tersebut.Masjid ini ditubuhkan  pada 13 julai 1962.Masjid ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan penduduk kampung menunaikan solat berjamaah.Terutama sekali  masjid  ini  turut memudahkan   penduduk lelaki menunaikan solat jumaat kerana masjid yang sedia ada begitu meyukarkan  penduduk untuk beribadat  secara berjamaah   kerana jaraknya tiga batu dari kampung tersebut.Hasil pakatan penduduk kampung maka tertubuhnya masjid yang diberi nama Masjid Al- Ridzuan.Masjid ini dibina diatas tanah yang diwakafkan oleh  seorang qariah masjid setelah diwasiatkan oleh  beliau supaya  masjid dibina atas tanah tersebut. Tanah yang dibina masjid ini mempunyai  keluasan kira-kira tiga hektar.Terdapat juga dusun-dusun yang ditiggalkan berdekatan tanah berkenaan.Hasil perbincangan daripada ahli jawatankuasa kampung,  masjid ini  diberi  nama Al-Ridzuan sempena  nama malaikat yang menjaga pintu syurga  iaitu Ridzuan . Di samping  itu, masjid diberi nama  Al-Ridzuan   sempena  nama  orang  yang  telah mewakafkan tanah  tersebut. Setelah  dibincang antara ahli jawatankuasa  nama  masjid  tersebut  diisytiharkan  semasa  mesyuarat  antara  qariah masjid  dan penduduk kampung.Semua  pihak  mempersetujui  nama yang  diberi  tersebut .Selain itu,masjid ini juga  dikenali  sebagai  masjid  kayu kerana  binaannya  masih  lagi  berasaskan  kayu pada  tahun  itu.Masjid  ini  dibina  dua  tingkat.Tingkat  yang  pertama  merupakan  tempat  untuk  penduduk  kampung  menjalankan  aktiviti  keramaian atau aktiviti  sosial  contohnya  mengadakan  kenduri kendara  seperti  bacaan  yasin, doa  selamat  dan  sebagainya.Tingkat   yang  kedua  pula  adalah  tempat  untuk  jemaah  menjalankan  ibadat.Contohnya  solat  berjamaah,membaca  Al Quran, bacaan  kitab ,tazkirah ,taaruf  dan  lain-lain lagi.Masjid  ini  dibahagikan  kepada  dua  tingkat  seperti  ini supaya  dapat  mengasingkan  antara  aktiviti   ibadat  degan  aktiviti  sosial. Setelah  siap dibina  dan  diberi nama   masjid  ini  dirasmikan  oleh  sultan  Kedah  iaitu Yang di-Pertuan Agong  Sultan  Abdul  Halim  Muadzam  Syah. Majlis  perasmian  tersebut  diadakan  dengan  sungguh  gilang  gemilang  dan  kenduri  kendara  diadakan  secara  besar-
besaran  bagi  menyambut  kedatangan  sultan  kedah  pada  waktu  itu.Masjid  ini  dirasmikan  pada  20 Julai 1963.Pembinaan  masjid  kayu  ini  mengambil  masa  hampir-hampir  setahun  untuk  siap  sepenuhnya  kerana  mengalami  masalah  tenaga  kerja  pada  waktu  itu.Hasil  mesyuarat  pada 26 ogos 1962 cadangan  dikeluarkan  bahawa  semua  penduduk  kampung  harus melibatkan  diri  mencari  tukang  rumah  supaya  dapat  mempercepatkan  pembinaan  tersebut .Akhirnya  tukang  rumah  berjaya  dicari seramai  12  orang  dari  kampung  luar dan di dalam kampung  itu  sendiri. Seramai  10  orang  dari  kampung  luar  dan  dua  orang  dari  kampung  itu sendiri. Akhirnya  masjid  ini  berjaya  juga  disiapkan  dalam  tempoh  selama  setahun. Setelah  beberapa  tahun  masjid  kayu ini  digunakan  penduduk  kampung , rancangan  untuk  membina  masjid  batu  dilaksanakan . Hal ini  kerana  struktur  masjid  lama sudah  mengalami  masalah  terutamanya  papan-papan  sudah  dimakan anai-anai ,dan  bumbung  juga  mengalami  kebocoran  yang  teruk. Masjid  baru  dibina  pada  tahun 1991  iaitu 26 september 1991. Nama  masjid  baru  tetap  dikekalkan  iaitu  Al- Ridzuan. Masjid  ini  turut  dibesarkan  lagi  untuk  memuatkan  penduduk  yang  ramai dan juga  ditambah  dengan  kemudahan  seperti  balai lintang, tandas, dan  tempat  meletak  kenderaan   kepada  para  jemaah  masjid.                 




PERANAN- PERANAN  MASJID

Masjid  sebenarnya  mempunyai  peranan  yang  penting  dalam  membentuk  muslimim  dan  muslimat  yang  sejati. Masjid  berperanan  dalam  menghasilkan  modal  insan  yang  mampu  menggegarkan  dunia   pada  zaman  yang  penuh  dengan  pancaroba ini. Peranan  utama  masjid  kepada  penduduk  kampung  ini  adalah  tempat  untuk  menjalankan  ibadat. Contoh  ibadat  yang  dijalankan  di masjid ini seperti  menunaikan  solat  fardhu  secara  berjemaah  bagi  setiap  waktu ,tempat  untuk  mempelajari  tajwid, membaca  Al Quran, menyampaikan  tazkirah  kepada  jemaah  masjid,mengajar  ilmu  tauhid, fekah, akidah  dan bacaan  kitab. Ibadat  akan  dapat  dijalankan  dengan  sempurna  dan  selesa  di masjid  tanpa  ada  gangguan  daripada  agama  lain. SelaIn  itu, dakwah  ibadat  dapat  dilancarkan  dengan penuh  sistematik  tanpa  memikirkan  kesensitifan  agama  lain. Masjid  ini  juga  sentiasa  mendapat  sambutan  penduduk  dari  segi  menjalankan  amal  ibadat. Penduduk  kampung  sentiasa  mengimarahkan  masjid  dengan  menghadiri  setiap  majlis  ilmu  yang  diadakan. Ini  menunjukkan  bahawa  masjid  adalah  tempat  untuk  menjalankan  ibadat  tanpa  ada  perasaan  ragu-ragu  lagi. Peranan  lain  berkaitan   masjid  adalah  tempat  perkembangan  ilmu. Hal ini  menunjukkan  bahawa  masjid  merupakan  pusat  utama  dalam  aktiviti  menyampaikan  ilmu  tidak  kira  penduduk  kampung  atau  Bandar  sekali  pun. Antara aktiviti  ilmu  yang  sentiasa  dijalankan  di  masjid  adalah  seperti  membetulkan  solat  jemaah  masjid , menyampai  dakwah  islam, mengajar  tajwid  Al Quran, guru  agama  akan  membaca  kitab  pada  tiap-tiap  malam,memberi  tazkirah  sebagai  pengisian  semasa  menunggu  masuknya  waktu  solat, menyampaikan  ceramah  dan  mengadakan  kelas-kelas agama  untuk  anak-anak  penduduk  kampung  ini. Semua  aktiviti  ini adalah  bertujuan  untuk  menyampaikan  ilmu kepada  penduduk  kampung. Ini  adalah  cara  mudah  untuk  kita  mendapatkan  ilmu  mengenai islam  kerana  masjid  adalah  institusi  ilmu  yang  mampu  berkembang  pesat. Semua  ilmu   dapat  dipelajari  di masjid  jika  ianya  berkaitan  islam. Ini  menunjukkan  masjid  bukan   sahaja  tempat  untuk  beribadat  tetapi  dalam  masa  yang  sama masjid  adalah  tempat  perkembangan  ilmu. Di  samping  itu, masjid  juga  berperanan  sebagai  tempat  untuk  mengeratkan  hubungan  silaturrahim  antara  penduduk  kampung. Hal  ini  dapat  di buktikan  melalui  aktiviti  sosial  yang  dijalankan  oleh  penduduk  kampung  tersebut. Contohnya  seperti  mengadakan  kenduri  untuk  sambutan  hari-hari  kebesaran  nabi, berbuka  puasa, kenduri  kesyukuran  dan  lain-lain  lagi. Apabila  penduduk  berkerjasama  dalam  melakukan  aktiviti  seperti  ini  hubungan  sesama  sendiri  secara  automatik  dapat dieratkan. Ini  menunjukkan  masjid  merupakan  tempat  pertemuan  antara  ummat  islam dan dalam masa yang sama ukhwah  dapat  diwujudkan. Apabila  ikatan  ukhwah  ini  kuat  penduduk  islam  dapat  mempertahankan  silaturrahim  tanpa  ada  sebarang  pepecahan  yang  boleh  memundurkan ummat itu  sendiri. Masjid  juga  berperanan  penting  dalam  menguatkan  ketenteraan  islam. Hal  ini  dikaitkan  dengan  solat  jemaah  yang  dilakukan  di masjid. Solat  jemaah  sebenarnya  kunci  kekuatan  dalam  ketenteraan  islam  kerana  musuh  akan  lemah dan  lumpuh  sekiranya  ummat  islam  menunaikan  solat  berjemaah. Kemudian  masjid  kampung  ini  turut  membimbing  kanak-kanak  serta  mendedahkan  kepada  mereka  tentang  islam. Contohnya  mengadakan  kelas  anak-anak  soleh  setiap   hari  Jumaat. Kelas  seperti  ini  akan  menggalakkan  kanak-kanak  untuk  mendekati  islam. Semuanya  bermula di  masjid  berkenaan. Masjid  adalah  tunjang  bagi  kekuatan ummat  islam, ini  kerana  masjid  merangkumi  semua  aspek  dalam  kehidupan  iaitu  dari segi  sosial , ekonomi  dan  politik  islam.

AKTIVITI-AKTIVITI  MASJID

Penduduk  kampung  sentiasa  menjalankan  aktiviti  yang  melibatkan  semua  pihak  di  kampung  tersebut. Aktiviti-aktiviti   di  masjid  dijalankan  bukan  sekadar  suka-suka  tetapi  ada  motif  yang  ingin disampaikan  kepada  semua  pihak  yang  terlibat. Sepanjang  pelaksaan  aktiviti –aktiviti  tersebut  di masjid  ianya  sentiasa  mendapat  sambutan  daripada  penduduk  kampung  tidak  kira  golongan  tua  ataupun  muda.antara  aktiviti  yang  dijalankan  setiap  tahun  dan  sentiasa  juga  mendapat  sambutann daripada  kampung  luar adalah  seperti  berikut:
1.       Mengadakan  sambutan  maal  hijrah  bagi  mengingati  hari kebesaran  islam. Sambutan  ini  bukan   sahaja   disambut  ala  kadar   tetapi  dilakukan   secara   besar-besaran. Contohnya  penduduk  kampung  akan   mengadakan  kenduri  bermula  dari  pagi  hinggalah  ke malam. Pada  siangnya  penduduk  kampung  akan  memasak  makanan  untuk  aktiviti  malam. Ceramah  agama  yang   disampaikan  oleh   penceramah  luar  diadakan   setiap  tahun  sebagai  pengisian  majlis  tersebut. Ceramah  ini  turut  juga  dilakukan   pada  siang  hari  sebelum  penduduk  kampung  menunaikan  solat  jumaat. Ini  adalah  salah  satu  aktiviti  yang  dijalankan  pada siang  harinya  sempena  sambutan  maal  hijrah. Pada  waktu  malam  nya  pula,aktiviti  lain  diadakan  bagi  melengkapkan  sambutan  maal  hijrah  selama  satu  hari.Aktiviti  yang  dilakukan  pada  waktu  malam  pula  adalah  pertandingan  Al Quran, azan, muqadam,  pidato, dan  nasyid. Pertandingan  ini  hanya  melibatkan  kanak-kanak  penduduk  kampung  kerana  bertujuan  mendedahkan  kepada  kanak-kanak  tentang  objektif  sebenar  sambutan  maal  hijrah  dIlaksanakan  setiap  tahun. Selain  itu, pertandingan  seperti  ini  juga  bertujuan  menggalakkan  kanak-kanak  kampung  ini  berminat  untuk  mendekati  islam  pada  dasarnya. Pertandingan  ini  dipertandingankan  mengikut  zon  masing-masing. Kawasan  kampung  tersebut  mempunyai  keluasan  yang  terlalu  besar  jadi  ianya  dipecahkan  mengikut  zon  iaitu  zon 1,zon 2, zon 3  dan zon 4. Semuanya  sebanyak  empat  zon. Jadi  pertandingan  tadi  hanyalah  dipertandingkan  mengikut  zon-zon  yang  telah  diagihkan.Selain  itu juga  tokoh  maal  hijrah  juga  diadakan  supaya  dapat  jadi  batu  semangat  kepada  masyarakat.Tokoh  ini  dipilih  salah  satu   dari kalangan  penduduk  kampung  yang  banyak  menyumbang  tenaga  dan  budi  kepada  kebajikan  kampung  dan  masjid  itu  sendiri.

2.       Penduduk  kampung  akan  mengadakan  sambutan  maulidul  rasul  apabila  tibanya  12 Rabiulawal. Sambutan  ini  juga  diadakan  setiap  tahun  bagi  menyambut  dan mengingati  kelahiran  junjungan  besar  Nabi Muhammad  SAW. Tujuan  sambutan  ini  diadakan  supaya  ummat  islam  sentiasa  menghargai  pengorbanan  yang  telah  disumbangkan  Rasulullah  kepada  ummatnya. Penduduk  kampung  akan  mengadakan  aktiviti  yang  juga  melibatkan.  semua  pihak  tidak  kira  golongan  belia  atau  tua. Aktiviti  ini  turut  juga  melibatkan  waktu  siang  dan  malam  sama  juga  seperti  sambutan  maal  hijrah. Pada  waktu  siangnya  akan  diadakan  ceramah  dan  pada  waktu  malamnya  pula akann diadakan  pertandingan  tilawah  Al Quran , berzanji  , dan  membaca  khutbah.Aktiviti  malam  untuk  maulidul  rasul  sedikit  berbeza  dengan  aktiviti  maal  hijrah  sebelum  ini. Perbezaannya  ialah  pertandingan  ini  hanya  melibatkan  orang  dewasa  yang  juga  dipertandingankan  mengikut  zon-zon  dalam  kampung  tersebut. Tilawah  Al Quran  melibat  golongan  dewasa  lelaki dan  perempuan. Kemudian  pertandingan  lelaki  hanya  boleh  disertai  oleh  golongan  dewasa  lelaki. Kepada  pemenang   hadiah  akan  diberikan  iaitu piala  pusingan. Hadiah – hadiah  ini  diberi  adalah  bertujuan  untuk  menggalakkan  lagi  penyertaan  golongan  dewasa  dalam  pertandingan  yang  bermanfaat  seperti  ini. Semua  aktiviti  ini  dijalankan  di  masjid  kerana  masjid  adalah  pusat  berkumpulnya   para  penduduk.


3.       Mengadakan  sambutan  nuzul  Al  Quran  pada  setiap  tahun.Jemaah-jemaah  masjid  akan  membaca  Al Quran  beramai-ramai. Surah-surah  yang dikhususkan  sahaja  akan  dibaca  beramai-ramai. Selain  itu  pertandingan  tilawah  Al Quran  akan  diadakan  bagi  golongan   tua.Sambutan  nuzul Al Quran  juga  diadakan  secara  besar-besaran  dan  gilang-gemilang. Hal  ini  kerana  sambutan   bertujuan  mengagongkan  kitab  besar  Allah  yang  diturunkan  kepada  junjungan  besar Nabi  Muhammad  SAW.Al Quran  merupakan  kitab  terbesar  yang  patut  di agong-agongkan  kerana Al Quran  merangkumi  semua  aspek  dalam  kehidupan  manusia. Tidak  kira  aspek  politik, sosial ,  ekonomi, ibadat  dan sebagainya.Al  Quran  merupakan  sumber  utama  kepada  manusia  jadi  penduduk  kampung  meraikan  hari  kebesaran  ini  secara  berterusan.

4.       Mengadakan  kelas- kelas  kepada  anak-anak  qariah  masjid  setiap  minggu. Kelas  ini  dinamakan  Anak  Soleh  kerana  objektifnya  adalah  ingin  mendidik  anak-anak  qariah  masjid  supaya  dapat  membentuk  keperibadian  mulia, diajar  cara  menunaikan  solat  dengan  cara  yang  betul, menerapkan  nilai-nilai  murni  dalam  diri  mereka. Kelas  Anak  Soleh  ini  bukan  sahaja  melibatkan  kanak-kanak  sekolah  rendah  tetapi  juga  melibatkan  pelajar  sekolah  menengah. Kelas  ini   diadakan  setiap  hari  jumaat  sebelum  menunaikan  solat  jumaat. Selepas  kelas Anak Soleh  kanak-kanak  ini akan  disuruh  menunaikan  solat  jumaat. Kelas  ini  akan  menggalakkan  anak-anak  qariah  masjid  mendekatkan  diri  dengan  masjid  dan  diajar supaya  mempunyai  adab-adab  yang  baik apabila  berada  di  tempat   yang  mulia  seperti  masjid atau  surau.
Aktiviti –aktiviti  berikut  merupakan  aktiviti  tahunan  yang  akan  dijalankan  penduduk   kampung    bagi  mengimarahkan  masjid. Semua  pihak  akan  melibatkan  diri  bagi  menjayakan   semua  aktiviti  tersebut. Aktiviti  seperti  ini  diakukan  bukan  sahaja untuk  mengimarahkan  masjid  semata-mata  tetapi  ia  juga  dapat  mengeratkan  silaturrahim  antara  penduduk  kampung  supya  ukhwah  sesama  ummat  islam  dapat  dierat kan. Dengan  cara  ini  kampung  ini  dapat  menghasilkan  modal  insan  yang  berkualiti  dan  kampung  dapat  dimajukan  apabila  semua  pihak  bersatu  dalam  menjayakan  sesuatu  program


BIBLIOGRAFI




Bil .

Nama


Pekerjaan
1.
Hj. Long bin Ahmad

Guru
2.
En . Ariff Bin Don

Guru
3.
En. Abd. Hamid Bin Man

Guru
4.
Pn. Aminah  Bt. Ahmad

Suri rumah
5.
En Safar Bin Bahari

Penerusi kampung
6.
Hj .Derani Bin Yusuf

Imam masjid
7.
Pn. Ku Zabedah Bt KU Sulaiman

Guru Al quran